Berjuanglah, Remaja ISLAM !!
Syaitan sangat tidak suka kalau ada manusia yang taat kepada Allah.
Karena itulah syetan selalu berusaha menggoda manusia agar tergelincir
dari jalan Allah. Dalam menggoda manusia, syetan memiliki berbagai cara
dan strategi. Dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa
nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan
(ammaratun bis su’). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita,
dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah
ditentukan Allah.
Salah satu sebab kehancuran umat manusia adalah karena hubungan
lawan jenis yang tidak sah. Dan sebelum terjadinya huubungan ini,
biasanya didahului dengan saling memandang, saling tertarik, lalu
saling bertemu, dan selanjutnya saling bermaksiat. Untuk menyukseskan
terjadinya proses kemaksiatan inilah syetan berusaha melepaskan hijab
atau pakaian muslimah. Lepasnya hijab muslimah merupakan jalan licin
yang mudah menggelincirkan manusia dari ketaatan kepada Allah.
Berikut adalah tahap-tahap yang digunakan oleh syetan dalam melepas pakaian muslimah….
1. Menghilangkan Definasi Hijab.
Pada tahap ini, syaitan membisikkan kpd para wanita, bahawa pakaian
apa pun termasuklah hijab, tiada kaitannya dgn agama; ia hanya sekadar
pakaian atau gaya hiasan bg para wanita. Jadi tidak ada pakaian
syar’ie. Pakaian, dgn apa pun bentuk dan namanya, tetap juga dikira
pakaian.
Akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah
berganti, maka tidak ada masalah utk pakaian ikut ganti juga.
Demikianlah pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri
yg lain, maka harus baginya utk menyesuaikan diri dgn pakaian
penduduknya, walau apa pun yg mereka pakai.
Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan bahawa hijab adalah
pakaian syar’ie (identiti keIslaman), dan memakainya adalah ibadah, bkn
sekadar gaya (fesyen). Bagi mereka ini, biar hidup dalam zaman dan
negeri mana sekalipun, hijab syar’ie akan tetap dipertahankan.
Pertama: Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan
membisikkan kpd para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni
membuka bhgn hasta (siku hingga telapak tangan). “Ah tidak mengapa, kan
masih pakai jilbab dan pakai baju panjang?” Begitu bisikan syaitan.
Dan benar, si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yg menampakkan
tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa
saja. Maka syaitan berbisik, “Lihat… tiada apa-apa, kan?”
Kedua: Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka dtglah syaitan
utk membisikkan perkara baru. “Kini buka tangan sudah menjadi lumrah,
maka perlu ada peningkatan model pakaian yg lebih maju lagi, yakni
terbuka bhgn atas dada kamu. Tapi jgn sebut sbg pakaian terbuka, hanya
sekadar sedikit utk mndapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Org
pasti tidak akan peduli, sebab hanya sbhgn kecil saja yg terbuka.”
Ketiga: Berpakaian Tapi Telanjang
Seterusnya syaitan berbisik lagi, “Pakaianmu hanya biasa-biasa
saja.. apa kata kalau kamu cari fesyen atau bahan lain yg lebih
bagus?”. Si wanita befikir sejenak. Pakaian yg macam mana ya? “Byk
fesyen dan kain yg agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar
lebih sedap/ cantik dipandang,” syaitan memberi idea baru.
Maka tergodalah si wanita. Dicarinya fesyen pakaian yg ketat dan
kain yg tipis bahkan transparent. “Mungkin tak ada masalah, kan
potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yg
agak berbeza, biar nampak lebih feminin,” begitu dia menokok-nambah.
Dan hasilnya pakaian tersebut akhirnya menjadi budaya di kalangan wanita
muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka
jadilah mereka wanita yg disebut oleh Nabi sbg wanita kasiyat ‘ariyat
(berpakaian tetapi telanjang!).
Keempat: Agak dibuka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yg ketat, maka
syaitan dtg lagi. Dan sebagaimana biasanya, dia menawarkan idea baru yg
sepertinya “cool” dan “vogue”, yakni dibisikkan kpd wanita itu,
“Pakaian sprti ini membuat kamu susah berjalan atau duduk, soalnya
sempit, apa tak sebaiknya dibelah hingga lutut atau mendekati paha? Dgn
itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik.” Lalu
dicubalah idea baru itu, dan mmg benar, dgn dibelah mulai dari bhgn bwh
hingga lutut atau mendekati paha, ternyata membuat lebih selesa dan
leluasa, terutama ketika mahu duduk atau naik kenderaan. “Ya….
tersingkap sedikit tak mengapa lah, yg penting enjoy,” katanya.
2. Terbuka Sedikit Demi Sedikit.
Kini syaitan melangkah lagi, dgn tipu daya lain yg lebih “power”, tujuannya agar para wanita menampakkan bhgn aurat tubuhnya.
Pertama: Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan berbisik kpd para wanita, “Baju pjg benar-benar tidak
selesa, kalau hanya dgn membelah sedikit bhgnnya masih kurang leluasa,
lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki, barulah agak
longgar… Oh ya, ada yg terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka
jilbab yg besar tidak sepadan lagi, skrg kamu carilah jilbab yg kecil
agar lebih serasi dan sepadan, ala… org tetap menamakannya dgn jilbab.”
Maka para wanita yg terpengaruh dgn bisikan ini terburu-buru mencari
fesyen pakaian yg dimaksudkan. Tidak ketinggalan kasut tumit tinggi,
yg kalau berjalan, dpt menarik perhatian org.
Kedua: Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa dia lakukan, dan ternyata org yg
melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik,
“Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yg kamu lakukan, buktinya
mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa org. Kalau
langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain
yg lebih menarik. Bukankah kini byk skirt separuh betis dijual di
pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh
sentimeter saja. Nanti kalau sudah biasa, barulah kamu cari fesyen baru
yg terbuka hingga separuh betis.”
Ketiga: Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan
telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita
berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu.
Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, “Ah jelas tidak, kan
skrg zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat
pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dgn
menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, skrg byk
lelaki yg menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya
harus menyelisihi mereka iaitu dgn mengangkatnya hingga setengah betis
atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya.”
“Tetapi apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?”
bersungut. “Fitnah? Ah, itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki
tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita
mereka lebih byk di rumah dan pakaian mereka sgt tertutup. Tapi skrg
sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yg
terbuka, mereka malah senang dan mengatakan ‘ooh’ atau ‘wow’. Bukankah
ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama-sama suka? Lihat
saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yg di pasar malam hingga yg
berjenama di pusat membeli-belah, semuanya memperagakan fesyen yg
dirancang khusus utk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak
mengikutinya, akan menjadi wanita yg ketinggalan zaman.”
3. Serba Mini
Setelah pakaian yg menampakkan betis menjadi pakaian sehari-harian
dan dirasakan biasa2 saja, maka dtglah bisikan syaitan yg lain.
“Pakaian memerlukan variasi, jgn yg itu-itu saja, skrg ini fesyen
skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga
benar-benar kelihatan indah.”
Maka akhirnya skirt mini yg menampakkan bahagian bwh paha dia pakai,
bajunya pun bervariasi, ada yg terbuka hingga lengan tgn, terbuka bhgn
dada sekaligus bhgn punggungnya, dan pelbagai fesyen lain yg serba
pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sgt beraneka ragam, ada pakaian utk
berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam,
petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar
pendek separuh paha pun dia miliki. Fesyen dan warna rambut juga ikut
bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yg sepertinya
mustahil utk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka
segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.
Hingga suatu ketika, muncul idea utk mandi di kolam renang terbuka
atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bhgn
paling ketara saja yg tersisa utk ditutupi, iaitu kemaluan dan buah
dada. Mereka semua mengenakan pakaian yg sering disebut dgn “bikini”.
Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na’udzubillah
bisikan syaitan berhasil, tujuannya “Menelanjangi Kaum Wanita”
tercapai.
“Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama,
telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri
kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan
jalan, engkau sendiri yg melakukan itu semua, maka tanggunglah sendiri
semua dosamu” kata syaitan, tidak ingin mengambil risiko.
Demikianlah halusnya cara yg digunakan syaitan, sehingga manusia
terjerumus dlm dosa tanpa terasa. Selamatkan para wanita muslimah, jgn
jerumuskan mereka ke dlm kebinasaan yg menyengsarakan, baik di dunia
mahupun di akhirat.
Wallahu a’lam bisshawab.
Sumber idea dan buah fikiran: Kitab “At ta’ari asy syaithani”, Adnan ath-Thursyah.